20,312 kes baharu Singapura

SINGAPURA 23 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan tujuh kematian serta 20,312 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari yang terdiri daripada 20,152 jangkitan tempatan dan 160 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini meningkat kepada 642,605 dengan 963 kematian.

Jumlah kes baharu Protokol 2 adalah 17,322,  terdiri daripada 55 kes import dan 17,267 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 2,990 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 2,885 adalah jangkitan tempatan manakala 105 adalah kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.49, merosot daripada 1.57 pada 22 Februari.

Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Sementara itu seramai 1,587 pesakit masih dirawat di hospital, di mana 200 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 46 dipantau rapi di ICU.

Seramai 15,298 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Setakat semalam , 94 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment