Pejuang tanding 42 kerusi PRN Johor

PUTRAJAYA 23 Feb. – Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) hanya bertanding 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Pengerusi Pejuang, Dr Mahathir Mohamad, berkata keputusan itu dibuat berasaskan kehendak rakyat dan kesesuaian komposisi pengundi.

Katanya, Pejuang mengambil kira beberapa faktor sebelum membuat pemilihan calon yang bakal mewakili parti itu pada PRN Johor, antaranya ada sesetengah kerusi DUN tidak sesuai dengan Pejuang.

“Pejuang ini parti Melayu. Kalau kawasan itu dominasi bukan Melayu, agak sukar bagi kita. Kita tak mahu tunjuk kita tamak, nak ambil semua. Kita tak tamak kita nak cukup saja.

“Dan 42 orang itu cukup. Kalau kita menang separuh pun cukup, itu tujuannya,” katanya pada Pelancaran Aspirasi Johor di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.

Yang turut hadir Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir.

Related posts

Leave a Comment