Sabah catat 5,359 kes positif

KOTA KINABALU 19 Feb. – Penularan jangkitan dalam komuniti bagi beberapa daerah di Sabah menyumbang kepada kes positif di negeri itu melebihi 5,000 kes hari ini, kata jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan Covid-19, Masidi Manjun. Beliau berkata, 5,359 kes dicatatkan hari ini dengan Kota Kinabalu menyumbang kepada angka tertinggi iaitu 1,362. Menurut Masidi, daripada 5,359 jangkitan baharu hari ini, 5,341 pesakit atau 99.66 peratus adalah dalam Kategori 1 dan 2, sembilan (9) orang dalam Kategori 3, empat (4) orang dalam Kategori 4 dan lima (5) orang dalam Kategori 5. Katanya, 12…

Read More

Brunei Darussalam lapor 1,926 kes

BERAKAS 19 Feb. – Selepas merekodkan hampir 3,000 kes jangkitan harian Covid-19 semalam, jumlah itu turun hari ini kepada 1,926 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 32,513 kes. Menteri Kesihatan Dr Md Isham Jaafar berkata, jumlah kes baharu Brunei Darussalam itu adalah hasil daripada 1,230 ujian ART yang dimuatnaik ke portal dan 696 daripada 3,366 jumlah ujian makmal dalam tempoh 24 jam lalu. Bercakap pada sidang media situasi Covid-19 hari ini, beliau memberitahu terdapat dua kes dalam Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi. Dua lagi kes…

Read More

1,923 kes baharu di Filipina

MANILA 19 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,923 kes baharu Covid-19, kurang sedikit berbanding 2,232 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 3,650,748 kes. Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 198 kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan 55,607 orang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19. Pada masa yang sama, jumlah kes pulih daripada Covid-19 meningkat kepada 3,532,608 orang apabila 5,158 lagi pesakit dilaporkan sembuh manakala kes aktif pula sebanyak 62,533. DoH juga memaklumkan daripada 1,923 kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 1,828 (95%) berlaku dalam tempoh 14…

Read More

Lonjakan kes di Korea Selatan

SEOUL 19 Feb. – Korea Selatan melaporkan lebih 100,000 kes baharu Covid-19 buat hari kedua berturut-turut hari ini ketika varian Omicron yang mudah berjangkit menular dengan pantas. Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), sebanyak 102,211 kes baharu  dilaporkan, termasuk 102,072 jangkitan tempatan yang membawa kepada jumlah kes di Korea Selatan meningkat kepada 1,858,009. Angka kematian akibat Covid-19 mencecah 7,354, naik 71 berbanding semalam, Jumaat. Kadar kematian pula berada pada 0.4 peratus. Korea Selatan menyaksikan lonjakan kes Covid-19 buat beberapa minggu kebelakangan ini ketika varian Omicron menular di merata negara,…

Read More

Thailand catat 18,885 kes

BANGKOK 19 Feb. – Thailand merekodkan 18,885 kes baharu Covid-19 hari ini, meningkat sedikit berbanding 18,066 kes yang direkodkan semalam manakala jumlah kematian 29, sama seperti semalam. Sebanyak 18,554 kes dalam kalangan penduduk awam, 107 penghuni penjara dan 224 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,693,362 dengan jumlah kematian pula 22,594 orang. Bangkok terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,168, diikuti Samut Prakan 974, Nonthaburi 770, Phuket 558, Nakhon Si Thammarat 548, Buri Ram 459, Chachoengsao 454 dan Pathum Thani 449. Kes import pula termasuk 63 dari Myanmar, 42…

Read More

27,808 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 19 Feb. – Sebanyak 27,808 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada Jumaat, 18 Februari menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,166,023 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Daripada jumlah kes baharu itu, ia membabitkan 27,689 kes tempatan dengan 119 kes lagi adalah import. Katanya, sebanyak 99.63 peratus bersamaan 27,705  kes adalah pesakit Covid-19 dalam kategori 1 dan 2 iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan. Pecahan daripada jumlah itu adalah kategori satu merekodkan 7,773 kes dan kategori dua 19,932 kes manakala 103 kes atau 0.37 peratus adalah kategori 3, 4…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 1.24

PUTRAJAYA 19 Feb. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini turun lagi kepada 1.24 semalam berbanding 1.27 yang dilaporkan kelmarin. Kadar Rt paling tinggi dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 1.86 berbanding 1.99 semalam diikuti Sarawak 1.52, Sabah 1.44, Perlis 1.39, dan Pulau Pinang 1.38. Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing mencatatkan 1.36, Kedah 1.35, Kelantan 1.34, Pahang 1.31, Selangor 1.30, Johor 1.26, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.25. Tiga negeri dengan kadar lebih rendah adalah Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Perak merekodkan 1.22 manakala Melaka…

Read More

13.8 juta populasi ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 19 Feb. – Sebanyak 113,593 lagi penduduk mendapatkan dos penggalak semalam menjadikan 13,844,963 atau 42.4 peratus populasi keseluruhan di dalam negara telah menerima dos penggalak Covid-19. Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, jumlah kanak-kanak yang mendapatkan suntikan dos pertama Covid-19 juga meningkat apabila 40,659 lagi tampil mendapatkan suntikan itu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 383,165 atau 10.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima dos pertama melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Bagi populasi dewasa, sebanyak 97.5 peratus atau 22,943,301 telah melengkapkan vaksinasi mereka…

Read More