13.8 juta populasi ambil dos penggalak

PUTRAJAYA 19 Feb. – Sebanyak 113,593 lagi penduduk mendapatkan dos penggalak semalam menjadikan 13,844,963 atau 42.4 peratus populasi keseluruhan di dalam negara telah menerima dos penggalak Covid-19.

Menurut data menerusi laman web COVIDNOW, jumlah kanak-kanak yang mendapatkan suntikan dos pertama Covid-19 juga meningkat apabila 40,659 lagi tampil mendapatkan suntikan itu.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 383,165 atau 10.8 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima dos pertama melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Bagi populasi dewasa, sebanyak 97.5 peratus atau 22,943,301 telah melengkapkan vaksinasi mereka manakala 23,220,003 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 89.9 peratus atau 2,798,368 daripada populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, melengkapkan vaksinasi semalam manakala 92.6 peratus atau 2,880,352  menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan pula, sebanyak 78.8 peratus atau 25,741,669 melengkapkan vaksinasi manakala 81.1 peratus atau 26,485,062  mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam, sebanyak 158,399 dos vaksin diberikan termasuk dos pertama sebanyak 43,236 dan 1,570 dos kedua menjadikan jumlah keseluruhan 65,864,979 dos vaksin diberikan di bawah PICK.

Related posts

Leave a Comment