1,923 kes baharu di Filipina

MANILA 19 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 1,923 kes baharu Covid-19, kurang sedikit berbanding 2,232 semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini meningkat kepada 3,650,748 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, DoH juga merekodkan 198 kematian yang membawa kepada jumlah keseluruhan 55,607 orang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19.

Pada masa yang sama, jumlah kes pulih daripada Covid-19 meningkat kepada

3,532,608 orang apabila 5,158 lagi pesakit dilaporkan sembuh manakala kes aktif pula sebanyak 62,533.

DoH juga memaklumkan daripada 1,923 kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 1,828 (95%) berlaku dalam tempoh 14 hari terakhir (6 Februari – 19 Februari 2022).

Bagi 198 kematian pula, 50 berlaku pada bulan Februari 2022 (25%) dan 138 pada Januari 2022 (70%).

Begitu juga dua kes masing-masing pada Disember 2021 (1%), Oktober 2021 (1%), September 2021 (1%), Ogos 2021 (1%), serta satu masing-masing pada bulan Julai 2021 (1%), dan  bulan Mac 2021 (1%).

Related posts

Leave a Comment