27,808 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 19 Feb. – Sebanyak 27,808 kes baharu Covid-19 dicatatkan pada Jumaat, 18 Februari menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,166,023 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada jumlah kes baharu itu, ia membabitkan 27,689 kes tempatan dengan 119 kes lagi adalah import.

Katanya, sebanyak 99.63 peratus bersamaan 27,705  kes adalah pesakit Covid-19 dalam kategori 1 dan 2 iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan.

Pecahan daripada jumlah itu adalah kategori satu merekodkan 7,773 kes dan kategori dua 19,932 kes manakala 103 kes atau 0.37 peratus adalah kategori 3, 4 dan 5 yang mempunyai gejala lebih buruk.

Sementara kategori tiga merekodkan 49 kes, kategori empat 31 kes dan kategori lima sebanyak 23 kes.

Daripada 103 kes bagi pesakit kategori tiga hingga lima, 43 kes iaitu 41.75 peratus belum divaksinasi atau belum lengkap mendapatkan pelalian berkenaan.

Selain itu, 41 kes sudah menerima dua dos vaksin, 19 kes sudah menerima dos penggalak, 50 kes berumur 60 tahun ke atas, 44 kes mempunyai komorbid, satu kes ibu mengandung, dan 16 kes yang telah meninggal dunia.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan 16 kluster baharu direkodkan menjadikan kluster yang masih aktif di negara ini sebanyak 486.

Jumlah kes sembuh pula adalah sebanyak 12,488 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,900,682  kes.

Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 235 kes, manakala sebanyak 132 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment