Thailand catat 18,885 kes

BANGKOK 19 Feb. – Thailand merekodkan 18,885 kes baharu Covid-19 hari ini, meningkat sedikit berbanding 18,066 kes yang direkodkan semalam manakala jumlah kematian 29, sama seperti semalam.

Sebanyak 18,554 kes dalam kalangan penduduk awam, 107 penghuni penjara dan 224 kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 2,693,362 dengan jumlah kematian pula 22,594 orang.

Bangkok terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 3,168, diikuti Samut Prakan 974, Nonthaburi 770, Phuket 558, Nakhon Si Thammarat 548, Buri Ram 459, Chachoengsao 454 dan Pathum Thani 449.

Kes import pula termasuk 63 dari Myanmar, 42 dari Rusia, sembilan masing-masing dari United Kingdom dan Jerman, lapan dari Perancis, tujuh dari Ukraine, dan enam masing-masing dari Norway dan Turki..

Sebanyak 157,499 orang mendapatkan rawatan di hospital termasuk 749 pesakit kritikal dan 184 bergantung kepada ventilator.

Setakat Jumaat, sebanyak 121,300,004 vaksin telah didaftarkan di mana 76.3 peratus penduduk menerima satu dos, 71.1 peratus dus dos dan 26.1 peratus mendapat dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment