Kes harian catat penurunan

JAKARTA 18 Feb. – Jumlah kes harian Covid-19 di Indonesia hari ini turun sedikit kepada 59,635 orang berbanding 63,956 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,089,637. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 58,685 adalah kes tempatan manakala 950 kes import dengan jumlah kes aktif pula bertambah 26,515 menjadikan jumlah keseluruhan 496,383 kes. Sebanyak 32,904 kes dilaporkan sembuh yang meliputi 32,391 kes tempatan dan 513 lagi kes import menjadikan jumlah keseluruhan 4,447,210. Sebanyak 216 pesakit dilaporkan meninggal dunia dengan jumlah kumulatifnya 146,044 kematian. Lima wilayah merekodkan pertambahan kes baharu tertinggi…

Read More

18,094 kes baharu Singapura

SINGAPURA 18 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 18,094 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari Ini yang terdiri daripada 17,886 jangkitan tempatan dan 208 kes import. Tujuh kes kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 937 orang meninggal dunia dan Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 15,015 adalah kes Protokol 2, terdiri daripada 63 kes import dan 14,952 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 3,079 kes lagi…

Read More

Kes harian turun di Arab Saudi

RIYADH 18 Feb. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan trend penurunan apabila berada di bawah paras 2,000 kes dengan merekodkan 1,376 berbanding 1,569 semalam. Sebelum itu, pada 15 Februari jumlah kes yang direkodkan adalah 1,982 dan pada hari berikutnya turun kepada 1,793. Pada 31 Januari, jumlah kes yang direkodkan adalah 4,211 dan pada 1 Februari pula sebanyak 3,861 kes. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, tiga kematian baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini 8,981 orang manakala jumlah keseluruhan kes pula 737,554.…

Read More

Hampir 3,000 kes harian Brunei

BERAKAS 18 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam hari ini hampir mencecah 3,000 apabila merekodkan 2,988, peningkatan ketara berbanding 2,015 yang dilaporkan semalam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, kesemua kes tempatan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 30,587. Seorang lagi dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 setakat ini 61 orang. Sebanyak 228 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 18,758 manakala jumlah kes aktif pula meningkat kepada 11,731 berbanding 8,972 semalam. Dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan,…

Read More

Filipina catat 2,232 kes baharu

MANILA 18 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 2,232 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan setakat pukul 4 petang ini meningkat kepada 3,648,925. Sebanyak 3,010 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 3,527,720. DoH juga merekodkan 79 lagi meninggal dunia akibat pandemik Covid-19 ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 55,409 orang atau 1.52 peratus daripada keseluruhan kes. Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini, sebanyak 1.8 peratus atau 65,796 adalah kes aktif. Sementara itu, DoH memaklumkan daripada 2,232 kes…

Read More

Thailand catat 18,066 kes baharu

BANGKOK 18 Feb. – Thailand merekodkan tambahan kematian dan kes baharu Covid-19 hari ini dengan 27 meninggal dunia berbanding 22 semalam dan 18,066 kes berbanding 17,349 yang direkodkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, dengan tambahan ini, jumlah keseluruhan kes kini 2,674,477 orang dan 22,565 meninggal dunia. Sebanyak 17,815 kes baharu itu melibatkan penduduk awam, 83 dalam kalangan penghuni penjara dan 168 kes import. Daripada jumlah kematian itu, mereka yang meninggal dunia berumur antara 10 dan 90 tahun di mana Bangkok merekodkan lapan kematian. Turut mencatatkan kematian adalah Pathum Thani (1), Prachin…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 1.27

PUTRAJAYA 17 Feb. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini turun lagi kepada pada paras 1.27 semalam berbanding 1.32 kelmarin. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kadar Rt paling tinggi dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 1.99 berbanding 1.96 sebelumnya diikuti Sarawak 1.50, Sabah 1.47, Perlis 1.44 dan Kedah 1.41. Ini diikuti Pulau Pinang 1.39, Terengganu 1.37, Kelantan 1.36, Selangor 1.32, Negeri Sembilan 1.30, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.29, Pahang 1.29, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.27 dan Johor 1.27. Dua negeri lagi mencatatkan…

Read More

26,701 kes baharu Covid-19

PUTRAJAYA 18 Feb. – Malaysia merekodkan sebanyak 26,701 kes baharu Covid-19 semalam menjadikan jumlah keseluruhan individu dijangkiti kini meningkat kepada 3,138,215 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah. Beliau memberitahu, jumlah yang direkodkan itu membabitkan 26,569 kes tempatan dengan 132 kes lagi adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 99.56 peratus bersamaan 26,583 kes adalah pesakit Covid-19 dalam kategori satu dan dua iaitu tidak mempunyai gejala dan bergejala ringan. Daripada jumlah yang dinyatakan itu, sebanyak 76.70 peratus iaitu 20,480 kes adalah pesakit…

Read More

341,960 kanak-kanak dapatkan vaksin

PUTRAJAYA 18 Feb. – Jumlah kanak-kanak yang mendapatkan suntikan dos pertama Covid-19 terus meningkat apabila 51,556 lagi tampil semalam berbanding 42,659 orang pada hari sebelumnya. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 341,960 orang atau 9.6 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima dos pertama melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam. Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 117,727 lagi penduduk mendapatkan dos penggalak semalam menjadikan 13,728,147 atau 58.3 peratus populasi dewasa di dalam negara telah menerima dos penggalak Covid-19. Bagi populasi dewasa, sebanyak 22,941,779 individu atau…

Read More