Kes harian catat penurunan

JAKARTA 18 Feb. – Jumlah kes harian Covid-19 di Indonesia hari ini turun sedikit kepada 59,635 orang berbanding 63,956 yang direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 5,089,637.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 58,685 adalah kes tempatan manakala 950 kes import dengan jumlah kes aktif pula bertambah 26,515 menjadikan jumlah keseluruhan 496,383 kes.

Sebanyak 32,904 kes dilaporkan sembuh yang meliputi 32,391 kes tempatan dan 513 lagi kes import menjadikan jumlah keseluruhan 4,447,210.

Sebanyak 216 pesakit dilaporkan meninggal dunia dengan jumlah kumulatifnya 146,044 kematian.

Lima wilayah merekodkan pertambahan kes baharu tertinggi iaitu Jawa Barat 13,780, DKI Jakarta 8,189, Jawa Timur 8,037, Jawa Tengah 5,905 dan Banten 5,343.

Bagi kes kesembuhan, lima wilayah yang merekodkan kes tertinggi adalah DKI Jakarta yang menambah 11,760 kes, Jawa Timur 5,684, Jawa Barat 4,327, Banten 3,878 serta Bali 1,912.

Di samping itu, terdapat 23 provinsi menambah kematian dan lima provinsi dengan angka tertinggi harian adalah Jawa Tengah 49 kes, DKI Jakarta 45, Jawa Timur 36, Jawa Barat 14 dan Bali 12.

Sementara itu bagi perkembangan program vaksinasi, penerima dos pertama bertambah sebanyak 239.968 orang dengan jumlah melebihi 189 juta orang atau 189.307.384 orang.

Bagi vaksinasi dos ke-2 bertambah 859.508 orang dan jumlah meningkat melebihi 139 juta orang atau angka tepatnya 139,140,467 orang. Penerima vaksinasi ke-3/bertambah 281.284 dengan kumulatifnya melebihi 8 juta orang atau 8.011.770 orang.

Related posts

Leave a Comment