Kadar kebolehjangkitan 1.27

PUTRAJAYA 17 Feb. – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt pada jangkaan mengikut kes seharian di negara ini turun lagi kepada pada paras 1.27 semalam berbanding 1.32 kelmarin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kadar Rt paling tinggi dilaporkan di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu 1.99 berbanding 1.96 sebelumnya diikuti Sarawak 1.50, Sabah 1.47, Perlis 1.44 dan Kedah 1.41.

Ini diikuti Pulau Pinang 1.39, Terengganu 1.37, Kelantan 1.36, Selangor 1.32, Negeri Sembilan 1.30, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.29, Pahang 1.29, Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.27 dan Johor 1.27.

Dua negeri lagi mencatatkan kadar di bawah 1.27 iaitu Perak 1.23 dan Melaka 1.21.

Related posts

Leave a Comment