Filipina catat 2,232 kes baharu

MANILA 18 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 2,232 kes baharu Covid-19 hari ini menjadikan jumlah keseluruhan setakat pukul 4 petang ini meningkat kepada 3,648,925.

Sebanyak 3,010 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih sebanyak 3,527,720.

DoH juga merekodkan 79 lagi meninggal dunia akibat pandemik Covid-19 ini yang menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 55,409 orang atau 1.52 peratus daripada keseluruhan kes.

Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini, sebanyak 1.8 peratus atau 65,796 adalah kes aktif.

Sementara itu, DoH memaklumkan daripada 2,232 kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 2,131 (95%) berlaku dalam tempoh 14 hari kebelakangan ini (5 Februari – 18 Februari 2022).

Bagi kes kematian, daripada 79 kes, sebanyak 16 berlaku pada Februari 2022 (20%), 32 pada Januari 2022 (41%), 1 pada November 2021 (1%), 11 pada Oktober 2021 (14%), 12 pada September 2021 (15%), 5 pada Ogos 2021 (6%), dan 2 pada Julai 2021 (3%).

Related posts

Leave a Comment