18,094 kes baharu Singapura

SINGAPURA 18 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 18,094 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari Ini yang terdiri daripada 17,886 jangkitan tempatan dan 208 kes import.

Tujuh kes kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 937 orang meninggal dunia dan

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 15,015 adalah kes Protokol 2, terdiri daripada 63 kes import dan 14,952 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 3,079 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR dan 2,934 adalah jangkitan tempatan manakala 145 adalah kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.48, naik daripada 1.28 pada Khamis.

Sementara itu sebanyak 1,458 pesakit masih dirawat di hospital, merosot berbanding 1,472 semalam di mana 182 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa manakala 39 dipantau rapi di ICU.

Bagi program vaksinasi, setakat semalam, 94 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment