Kes harian turun di Arab Saudi

RIYADH 18 Feb. – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Arab Saudi terus menunjukkan trend penurunan apabila berada di bawah paras 2,000 kes dengan merekodkan 1,376 berbanding 1,569 semalam.

Sebelum itu, pada 15 Februari jumlah kes yang direkodkan adalah 1,982 dan pada hari berikutnya turun kepada 1,793. Pada 31 Januari, jumlah kes yang direkodkan adalah 4,211 dan pada 1 Februari pula sebanyak 3,861 kes.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, tiga kematian baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah yang meninggal dunia setakat ini 8,981 orang manakala jumlah keseluruhan kes pula 737,554.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 2,596 orang dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif pulih sebanyak 707,492 dengan kes aktif pula meningkat kepada 933 kes.

Sementara itu, kerajaan Arab Saudi telah mendaftar 60,095,936 dos vaksin Covid-19 dan menawarkan dos penggalak kepada penduduk manakala warganegara yang ingin melancong ke luar negara diwajibkan mengambil dos ketiga.

Related posts

Leave a Comment