341,960 kanak-kanak dapatkan vaksin

PUTRAJAYA 18 Feb. – Jumlah kanak-kanak yang mendapatkan suntikan dos pertama Covid-19 terus meningkat apabila 51,556 lagi tampil semalam berbanding 42,659 orang pada hari sebelumnya.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan 341,960 orang atau 9.6 peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima dos pertama melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web COVIDNOW, sebanyak 117,727 lagi penduduk mendapatkan dos penggalak semalam menjadikan 13,728,147 atau 58.3 peratus populasi dewasa di dalam negara telah menerima dos penggalak Covid-19.

Bagi populasi dewasa, sebanyak 22,941,779 individu atau 97.5 peratus melengkapkan vaksinasi mereka semalam manakala 23,218,655 atau 98.7 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sebanyak 504 lagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, melengkapkan vaksinasi semalam menjadikan jumlah keseluruhan 2,797,767 individu atau 89.9 peratus manakala 2,880,352 atau 92.6 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi keseluruhan pula, sebanyak 25,739,546 atau 78.8 peratus melengkapkan vaksinasi manakala 26,440,967 atau 80.9 peratus mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Semalam, sebanyak 173,669 dos vaksin diberikan meliputi dos pertama sebanyak 54,398 termasuk 51,556 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, 1,544 dos kedua dan 117,727 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin diberikan di bawah PICK meningkat kepada 65,702,191 dos.

Related posts

Leave a Comment