Thailand catat 18,066 kes baharu

BANGKOK 18 Feb. – Thailand merekodkan tambahan kematian dan kes baharu Covid-19 hari ini dengan 27 meninggal dunia berbanding 22 semalam dan 18,066 kes berbanding 17,349 yang direkodkan semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, dengan tambahan ini, jumlah keseluruhan kes kini 2,674,477 orang dan 22,565 meninggal dunia.

Sebanyak 17,815 kes baharu itu melibatkan penduduk awam, 83 dalam kalangan penghuni penjara dan 168 kes import.

Daripada jumlah kematian itu, mereka yang meninggal dunia berumur antara 10 dan 90 tahun di mana Bangkok merekodkan lapan kematian.

Turut mencatatkan kematian adalah Pathum Thani (1), Prachin Buri (2), Suphan Buri (2), Kanchanaburi (1), Chon Buri (1),  Rayong (1), Si Sa Ket (1), Surin (1), Chumphon (1), Yala (1), Satun (1), Surat Thani (1).

Terdapat juga satu kematian masing-masing di utara iaitu Phetchabun, Phrae, Kamphaeng Phet, Nakhon Sawan dan Lampang.

Bangkok terus mendahului kes harian tertinggi dengan 3,458 kes diikuti Samut Prakan 957 dan Chon Buri 811.

Sebanyak 168 kes import pula melibatkan ketibaan 42 orang dari Rusia, 21 dari Kemboja , 10 dari Jerman, sembilan dari Singapura dan enam masing-masing dari Denmark dan Israel.

Related posts

Leave a Comment