Hampir 3,000 kes harian Brunei

BERAKAS 18 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 di Brunei Darussalam hari ini hampir mencecah 3,000 apabila merekodkan 2,988, peningkatan ketara berbanding 2,015 yang dilaporkan semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, kesemua kes tempatan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 30,587.

Seorang lagi dilaporkan meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 setakat ini 61 orang.

Sebanyak 228 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 18,758 manakala jumlah kes aktif pula meningkat kepada 11,731 berbanding 8,972 semalam.

Dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, empat kes dalam Kategori 4, iaitu yang memerlukan bantuan oksigen dan di bawah rawatan rapi, manakala tiga kes dalam Kategori 5.

Kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ pula adalah sebanyak 10.6 peratus.

Related posts

Leave a Comment