Singapura catat 9,930 kes baharu

SINGAPURA 12 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 9,930 kes baharu Covid-19 dan tiga meninggal dunia di Singapura hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 449,570 dan 885 kematian. Daripada jumlah kes harian itu, sebanyak 9,771 adalah jangkitan tempatan dan 159 lagi kes import. Menurut MoH, sebanyak 7,729 adalah kes baharu Protokol 2 yang terdiri daripada 50 kes import dan 7,679 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 2,201 kes disahkan menerusi ujian…

Read More

Kes di Arab Saudi turun

RIYADH 11 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi turun kepada 2,523 dalam tempoh 24 jam berbanding 2,866 yang direkodkan semalam. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, empat lagi individu dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 724,525 dengan jumlah kematian 8,969 orang. Sebanyak 3,825 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 685,536 orang pulih. Dalam kalangan kes aktif pula sebanyak 1,040 dalam keadaan kritikal.

Read More

Sabah catat 3,361 kes harian

KOTA KINABALU 11 Feb. – Jangkitan harian Covid-19 di Sabah melonjak kepada 3,361 kes hari ini, tertinggi setakat ini berbanding 2,969 semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 266,262 kes. Bagaimanapun 99.76 peratus atau 3,353 kes daripada 3,361 kes hari ini hanya berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2, lima kes dalam Kategori 3 dan masing-masing dua serta satu kes dalam Kategori 4 dan 5. Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah, Masidi Manjun, berkata daerah Kota Kinabalu mencatat kes tertinggi dengan 782 kes baharu hari ini, diikuti Sandakan 374 kes, Tuaran (310), Tawau…

Read More

Omicron ambil alih Delta di Sarawak

KUCHING 11 Feb. – Varian Omicron kini menggantikan varian Delta secara keseluruhannya apabila jangkitan varian itu dilihat dominan di Sarawak, lapor Institut Kemahiran dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Pengarah IHCM UNIMAS Dr David Perera mendedahkan, kesemua 77 sampel kes positif pada 20 Januari hingga 6 Februari lalu dan menjalani penjujukan genom adalah varian Omicron. “Semua sampel dikenal pasti sebagai varian membimbangkan (VOC) Omicron sekali gus 100 peratus kadar pengesanan varian itu di Sarawak,” katanya dalam laporan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas…

Read More

Kabinet belum bincang buka sempadan

TANGKAK 11 Feb. – Kabinet belum membincangkan cadangan Majlis Pemulihan Negara (MPN) untuk membuka kembali pintu sempadan negara seawal 1 Mac ini, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata setakat ini Kementerian Kesihatan masih belum memberikan maklum balas mengenai cadangan itu kepada Kabinet untuk dinilai. “Kita mesti seimbangkan antara nak menjaga industri pelancongan dan kesihatan rakyat, maka Kementerian Kesihatan akan melihat secara terperinci dan beri cadangan kepada Kabinet nanti apa yang patut dilakukan seterusnya. “Setakat hari ini kita masih tutup sempadan kita… belum ada perbicangan lagi untuk buka,” katanya…

Read More

Kes harian Brunei hampir 1,000

BERAKAS 11  Feb. – Brunei Darussalam terus merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19 hari ini dengan jumlah kes harian meningkat kepada 981 kes berbanding 628 yang dilaporkan semalam. Daripada jumlah itu, sebanyak 979 adalah kes tempatan manakala dua lagi kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 20,454 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 196 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan 16,610 pesakit pulih. Kes aktif pula bertambah menjadi 3,742 berbanding 2,957 semalam. Jumlah kematian kekal 59 selepas tiada kes baharu direkodkan Kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara…

Read More

20,000 : Kementerian tidak panik

KUALA LUMPUR 11 Feb. – Kementerian Kesihatan tidak panik dengan peningkatan jangkitan harian Covid-19 yang melebihi 20,000 kes pada hari  ini kerana melihat kepada tahap keseriusan jangkitan, kata Menterinya Khairy Jamaluddin. Merujuk kali terakhir kes jangkitan melebihi 20,000 iaitu pada 11 Ogos 2021, sebanyak 1,547 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) dengan 332 kematian berbanding hari ini hanya 158 di ICU dan 10 kematian. Beliau berkata, Kementerian menjangka ada peningkatan kemasukan ke hospital, sekali gus terus memantau serta memberikan butiran perkembangan kes setiap hari. “Jangan tengok bilangan kes, kena…

Read More

Kes baharu turun di Filipina

MANILA 11 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 3,788 kes baharu Covid-19 setakat pukul 4 petang ini, yang menunjukkan penurunan berbanding 4,575 yang direkodkan semalam. Dalam tempoh yang sama, 72 lagi dilaporkan meninggal dunia, juga turun berbanding semalam yang merekodkan 94 kematian. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 3,630,637 manakala jumlah kematian pula 54,854 orang. Menurut DoH, terdapat 5,652 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,484,636 orang pulih. Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini, sebanyak 2.5 peratus atau 91,147 adalah kes…

Read More

Kes harian Malaysia lepasi 20,000

PUTRAJAYA 11 Feb. – Angka penularan Covid-19 di negara ini melepasi 20,000 walaupun jangkaan awal jumlah berkenaan akan tercapai menjelang hujung bulan depan. Setakat tengah hari ini sejumlah 20,939 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 2,996,361 kes. Kali terakhir Malaysia merekodkan kes melebihi 20,000 adalah pada 5 September lalu iaitu sebanyak 20,396 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, sebanyak 20,821 kes atau 99.44 peratus berada dalam kategori satu dan dua. Daripada jumlah itu, sebanyak 15,640 kes dalam kategori dua, manakala 5,181 kes dalam kategori satu…

Read More

Menang dulu, calon MB kemudian

JOHOR BAHRU 11 Feb. – Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mahu memberi tumpuan penuh memenangkan calonnya terlebih dahulu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac nanti sebelum menamakan calon Menteri Besarnya. Presidennya,  Mukhriz Mahathir, berkata menamakan calon Menteri Besar bukanlah keutamaan parti ketika ini, sebaliknya strategi terbaik untuk meyakinkan pengundi terhadap Pejuang adalah lebih penting. “Tidak ada gunanya kita menamakan seorang calon Menteri Besar tapi tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan. Itulah yang berlaku kepada Pakatan Harapan (PH) pada November lalu (PRN Melaka) dan kita tidak mahu ulangi kesilapan sama.…

Read More