Kes baharu turun di Filipina

MANILA 11 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 3,788 kes baharu Covid-19 setakat pukul 4 petang ini, yang menunjukkan penurunan berbanding 4,575 yang direkodkan semalam.

Dalam tempoh yang sama, 72 lagi dilaporkan meninggal dunia, juga turun berbanding semalam yang merekodkan 94 kematian.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 3,630,637 manakala jumlah kematian pula 54,854 orang.

Menurut DoH, terdapat 5,652 pesakit sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,484,636 orang pulih.

Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini, sebanyak 2.5 peratus atau 91,147 adalah kes aktif.

Sementara itu, DoH juga memaklumkan, daripada 3,788 kes yang dilaporkan hari ini, 3,661 (97%) berlaku dalam tempoh 14 hari (29 Januari – 11 Februari 2022).

Daripada 72 kematian, 32 berlaku pada Februari 2022 (44%), 23 pada Januari 2022 (32%), 2 pada Disember 2021 (3%), 1 pada Oktober 2021 (1%), 3 pada September 2021 (4%), 8 pada Ogos 2021 (11%), 1 pada Julai 2021 (1%), dan 2 pada Jun 2021 (3%)

Related posts

Leave a Comment