Kes harian Brunei hampir 1,000

BERAKAS 11  Feb. – Brunei Darussalam terus merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19 hari ini dengan jumlah kes harian meningkat kepada 981 kes berbanding 628 yang dilaporkan semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 979 adalah kes tempatan manakala dua lagi kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 20,454 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 196 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan 16,610 pesakit pulih.

Kes aktif pula bertambah menjadi 3,742 berbanding 2,957 semalam.

Jumlah kematian kekal 59 selepas tiada kes baharu direkodkan

Kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ ialah sebanyak 31.9 peratus.

Terdapat tiga kes dalam kategori 4 dan tiada kes bagi kategori 5.

Related posts

Leave a Comment