Kes di Arab Saudi turun

RIYADH 11 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Arab Saudi turun kepada 2,523 dalam tempoh 24 jam berbanding 2,866 yang direkodkan semalam.

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, empat lagi individu dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 724,525 dengan jumlah kematian 8,969 orang.

Sebanyak 3,825 pesakit dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan 685,536 orang pulih.

Dalam kalangan kes aktif pula sebanyak 1,040 dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment