Kes harian Malaysia lepasi 20,000

PUTRAJAYA 11 Feb. – Angka penularan Covid-19 di negara ini melepasi 20,000 walaupun jangkaan awal jumlah berkenaan akan tercapai menjelang hujung bulan depan.

Setakat tengah hari ini sejumlah 20,939 kes baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan kini mencecah 2,996,361 kes.

Kali terakhir Malaysia merekodkan kes melebihi 20,000 adalah pada 5 September lalu iaitu sebanyak 20,396 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, sebanyak 20,821 kes atau 99.44 peratus berada dalam kategori satu dan dua.

Daripada jumlah itu, sebanyak 15,640 kes dalam kategori dua, manakala 5,181 kes dalam kategori satu atau tidak bergejala.

Sejumlah 118 kes lagi berada dalam kategori tiga hingga lima iaitu membabitkan 95 kes dalam kategori tiga, kategori empat (13 kes) dan kategori lima (10 kes).

Related posts

Leave a Comment