PUTRAJAYA 10 Feb. – Jika semalam tular jumlah palsu 19,944 kes Covid-19, hari ini angka 19,000 menjadi kenyataan apabila kes harian merekodkan 19,090 kes berbanding semalam 17,134 kes. Perkembangan itu menjadikan sehingga kini sebanyak 2,975,422 individu di negara ini sudah dijangkiti virus berkenaan. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 18,956 kes tempatan dilaporkan melibatkan 18,446 warganegara (97.3%) dan 510 bukan warganegara (2.7%) manakala 134 adalah kes import melibatkan 87 warganegara (64.9%) dan 47 bukan warganegara (35.1%). Katanya, daripada jumlah kes dinyatakan itu, 99.41 peratus atau 18,977 kes…
Read MoreDay: February 10, 2022
Covid-19: Zoo Melaka tutup 5 hari
MELAKA 10 Feb. – Zoo Melaka ditutup selama lima hari mulai hari ini selepas seorang daripada penjaga haiwan dikesan positif Covid-19, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Shadan Othman. Beliau berkata penutupan itu bertujuan memberi laluan untuk kerja-kerja sanitasi selama tiga hari di zoo termasuk kemudahan di dalamnya, seperti kafe, pentas persembahan haiwan, kaunter tiket dan stesen trem. Setakat ini hanya seorang kakitangan didapati positif dan jangkitan adalah daripada ahli keluarga. “Penutupan ini bagaimanapun tidak melibatkan operasi pentadbiran dan pengurusan haiwan di Zoo Melaka, ia berjalan seperti…
Read MoreCovaxin vaksin Covid-19
PUTRAJAYA 10 Feb. – Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-369 hari ini bersetuju memberi kelulusan vaksin Covaxin sebagai pendaftaran bersyarat untuk kegunaan semasa bencana bagi produk vaksin Covid-19. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah, berkata Covaxin digunakan untuk imunisasi aktif bagi mencegah Covid-19 yang disebabkan virus SARS-CoV-2 dalam kalangan individu berumur 18 tahun dan ke atas. Dalam kenyataannya, beliau berkata, kelulusan pendaftaran bersyarat ini masih memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk ini dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). “Ia berdasarkan data…
Read MoreThailand catat 14,822 kes baharu
BANGKOK 10 Feb. – Thailand merekodkan 14,822 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, meningkat berbanding 13,182 yang direkodkan semalam dan merupakan angka tertinggi sejak 11 September 2021. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, dalam tempoh yang sama, terdapat 20 lagi kematian dilaporkan, kurang sedikit berbanding semalam 24 kes. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan di Thailand meningkat kepada 2,545,873 kes manakala jumlah keseluruhan kematian pula sebanyak 22,364 orang. Daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 14,524 adalah kes dalam kalangan masyarakat awam , 52 melibatkan penghuni penjara dan 246 lagi…
Read MoreBrunei catat peningkatan kes baharu
BERAKAS 10 Feb. – Brunei Darussalam merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19 hari ini dengan jumlah kes harian meningkat kepada 628 kes berbanding 441 yang dilaporkan semalam. Daripada jumlah itu, sebanyak 617 adalah kes tempatan manakala 11 lagi kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 19,473 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 124 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan 16,414 pesakit pulih. Kes aktif pula bertambah 628 menjadikan 2,957, meningkat lagi berbanding 2,453 yang dilaporkan semalam. Jumlah kematian kekal 59 selepas tiada kes baharu direkodkan Kadar pengisian di Pusat-pusat…
Read More4,575 kes baharu di Filipina
MANILA 10 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 4,575 kes baharu Covid-19 hari ini, satu peningkatan berbanding 3,651 yang dilaporkan semalam. Setakat pukul 4 petang ini, 94 orang lagi meninggal dunia juga menunjukkan peningkatan berbanding semalam sebanyak 69 orang. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di Filipina setakat ini adalah 3,627,575 dengan jumlah kematian 54,783 orang. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 7,504 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 3,479,485 orang pulih daripada pandemik ini. Kes aktif pula sebanyak 93,307, kurang berbanding 96,326 yang dilaporkan semalam.
Read MoreJohor Bangkit: Maju, Bermaruah
KUALA LUMPUR 10 Feb. – Bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini, Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH) memutuskan akan menggerakkan kempen bertemakan ‘Johor Bangkit: Maju, Bermaruah’. Ini merangkumi aspek pembangunan ekonomi, pemantapan sosial, serta reformasi politik yang akan diumumkan sebelum bermulanya kempen pilihan raya. Majlis Presiden juga akan mengadakan siri jelajah penamaan calon-calon PH bagi DUN-DUN yang ditandingi sejurus selepas calon parti-parti dimuktamadkan dalam masa terdekat. “Ini demi menyatakan kesediaan Pakatan Harapan menawarkan saf kepimpinan yang mampu membentuk Kerajaan Negeri Johor yang lebih stabil dan bersedia…
Read MorePandemik berakhir di Sweden?
STOCKHOLM 10 Feb. – Sweden pada Rabu membatalkan hampir semua sekatan dan menghentikan ujian saringan Covid-19 percuma berikutan ‘mengisytiharkan’ pandemik itu sudah berakhir. “Seperti kita ketahui, pandemik ini saya katakan ia sudah berakhir,” kata Menteri Kesihatan Lena Hallengren selain menambah Covid-19 tidak akan lagi diklasifikasikan sebagai bahaya kepada masyarakat. Sweden sebelum ini tidak melakukan perintah berkurung sebaliknya menggunakan pendekatan sukarela sepanjang pandemik, namun mengumumkan akan membatalkan sekatan yang masih berkuat kuasa dengan mengisytiharkan Covid-19 berakhir, kerana vaksinasi dan varian Omicron mengurangkan kes dan kematian. Sejak semalam, bar dan restoran dibenarkan…
Read More149,361 lagi terima dos penggalak
PUTRAJAYA 10 Feb. – Sebanyak 149,361 lagi dos penggalak diberikan semalam menjadikan jumlah keseluruhan yang mendapatkan dos itu meningkat kepada 12,769,610 atau 39.1 per daripada populasi keseluruhan. Peningkatan dos juga direkodkan bagi kumpulan kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun apabila 12,281 lagi mendapat suntikan itu menjadikan 62,809 atau 1.7 peratus populasi itu sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19. Menurut data laman web COVIDNOW, sejumlah 22,933,328 individu atau 98 peratus daripada populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.2 peratus atau 23,208,714 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Bagi populasi…
Read More