Thailand catat 14,822 kes baharu

BANGKOK 10 Feb. – Thailand merekodkan 14,822 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam, meningkat berbanding 13,182 yang direkodkan semalam dan merupakan angka tertinggi sejak 11 September 2021.

Menurut Kementerian Kesihatan Awam, dalam tempoh yang sama, terdapat 20 lagi kematian dilaporkan, kurang sedikit berbanding semalam 24 kes.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dicatatkan di Thailand meningkat kepada 2,545,873 kes manakala jumlah keseluruhan kematian pula sebanyak 22,364 orang.

Daripada jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 14,524 adalah kes dalam kalangan masyarakat awam , 52 melibatkan penghuni penjara dan 246 lagi adalah kes import.

Bangkok terus merekodkan kes harian tertinggi iaitu 2,635 diikuti Samut Prakan 986, Chon Buri 754, Nonthaburi 504, Phuket 434, Ratchaburi 379, Nakhon Si Thammarat 372, Nakhon Ratchasima 334, Samut Sakhon 317 dan Maha Sarakham. 301.

Sebanyak 246 kes import pula adalah dari Rusia 107, Jerman 11, Denmark 11, Perancis 10, Kazakhstan 9 dan United Kingdom 7.

Pada Rabu, sebanyak 105,129 orang mendapatkan rawatan Covid-19 termasuk 563 kes kritikal dan 114 bergantung kepada ventilator.

Sebanyak 8,503 orang pesakit dilaporkan sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 2,418,380 orang.

Mengikut rekod sejak bermulanya pandemik pada awal 2020, terdapat 2,545,873 kes termasuk 322,438 tahun ini dengan jumlah kes sembuh 2,418,380.

Jumlah kematian pula adalah 22,364 orang sejak pandemik bermula termasuk 666 yang direkodkan meninggal dunia tahun ini.

Related posts

Leave a Comment