MANILA 10 Feb. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 4,575 kes baharu Covid-19 hari ini, satu peningkatan berbanding 3,651 yang dilaporkan semalam.
Setakat pukul 4 petang ini, 94 orang lagi meninggal dunia juga menunjukkan peningkatan berbanding semalam sebanyak 69 orang.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan di Filipina setakat ini adalah 3,627,575 dengan jumlah kematian 54,783 orang.
Dalam tempoh yang sama, sebanyak 7,504 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada 3,479,485 orang pulih daripada pandemik ini.
Kes aktif pula sebanyak 93,307, kurang berbanding 96,326 yang dilaporkan semalam.
