Brunei catat peningkatan kes baharu

BERAKAS 10 Feb. – Brunei Darussalam merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19 hari ini dengan jumlah kes harian meningkat kepada 628 kes berbanding 441 yang dilaporkan semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 617 adalah kes tempatan manakala 11 lagi kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 19,473 kes.

Menurut Kementerian Kesihatan, sebanyak 124 pesakit dilaporkan sembuh hari ini yang menjadikan jumlah keseluruhan 16,414 pesakit pulih.

Kes aktif pula bertambah 628 menjadikan 2,957,  meningkat lagi berbanding 2,453 yang dilaporkan semalam.

Jumlah kematian kekal 59 selepas tiada kes baharu direkodkan

Kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ ialah sebanyak 35.2 peratus berbanding 30.6 peratus semalam.

Terdapat tiga kes dalam kategori 4 dan tiada kes bagi kategori 5.

Related posts

Leave a Comment