37,492 kes baharu Indonesia

JAKARTA 8 Feb. – Indonesia merekodkan 37,492 kes jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,580,093 Menurut data Satuan Tugas Penanganan Covid-19, penambahan tertinggi adalah di DKI Jakarta sebanyak 10,817, Jawa Barat dengan 9,042, Banten 5,138, Jawa Timur 3,608 dan Bali 2,425. Sebanyak 10,708 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih adalah sebanyak 4,202,312. Dalam tempoh yang sama, sebanyak 83 kematian direkodkan akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 144,719 orang. Setakat hari ini, jumlah masyarakat yang sudah divaksinasi dos pertama adalah 187.162.201 orang atau 89.87 peratus. Sementara…

Read More

Singapura catat 13,011 kes baharu

SINGAPURA 8 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 13,011 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 12,791‬ jangkitan tempatan dan 220 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 418,640 kes dengan jumlah kematian pula 877 orang termasuk tiga kes hari ini. Jumlah kes baru Protokol 2 adalah 10,065‬ terdiri daripada 27 kes import dan 10,038 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah…

Read More

Riyadh catat kes tertinggi di Saudi

RIYADH 8 Feb. – Riyadh masih mendahului jumlah kes jangkitan harian Covid-19 dengan merekodkan 1,066 daripada 3,330 kes yang dilaporkan Arab Saudi hari ini. Ini diikuti Jeddah yang mencatatkan 221, Dammam 189, Abha 111 dan Hofuf 101 sementara bandar-bandar lain kurang daripada 100 kes. Jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Arab Saudi setakat ini adalah 715,974 dengan jumlah kematian pula 8,959 orang termasuk dua kematian yang direkodkan dalam tempoh 24 jam. Sebanyak 3,464 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 674,244 orang pulih. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak…

Read More

Imbas suhu, buku rekod mansuh

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Mulai Jumaat ini, tiada lagi keperluan untuk melakukan pemeriksaan suhu badan dan buku rekod mendaftar masuk di premis akan dimansuhkan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Hishammuddin Hussein. Beliau berkata, keputusan memansuhkan prosedur operasi standard (SOP) itu dibuat pada Mesyuarat Ke-12 Menteri Kuartet Covid-19 hari ini. Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM). Dengan pemansuhan ini, pemilik premis tidak lagi diwajibkan menyediakan alat pengimbas suhu dan buku rekod di pintu masuk premis masing-masing. “Namun, pendaftaran masuk menggunakan aplikasi MySejahtera masih diwajibkan seperti…

Read More

Brunei Darussalam catat 252 kes baharu

BERAKAS 8 Feb. – Sebanyak 252 kes baharu jangkitan Covid-19 termasuk satu kes import dilaporkan hari ini, kurang sedikit daripada 368 kes yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 18,404. Menurut Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam, sebanyak 51 kes pesakit sembuh direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 16,229. Jumlah kematian kekal 59 selepas tiada kes baharu direkodkan manakala kes aktif pula sebanyak 2,073. Kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ ialah sebanyak 29.9 peratus dengan tiga kes dalam kategori 4 dan…

Read More

3,574 kes baharu di Filipina

MANILA 8 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Filipina turun hari ini apabila Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 3,574 berbanding 6,835 kes yang direkodkan semalam. Bagi kes kematian pula, jumlah yang meninggal dunia setakat pukul 4 petang ini adalah 83 orang berbanding semalam seramai 12 orang. Setakat ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 3,619,633 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 54,621 orang. Kes sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 14,644 lagi sembuh dengan jumlah pulih kini 3,459,462 atau 95.6 peratus darpada keseluruhan kes Daripada jumlah kes…

Read More

Ulangi kes harian tertinggi Julai 2021

PUTRAJAYA 8 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 hari ini terus melonjak kepada 13,944 berbanding 11,034 yang direkodkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, ia menjadikan jumlah kes kumulatif meningkat kepada 2,939,198 kes. Untuk rekod, angka 13,000 pernah dicatatkan pada 15 Julai 2021 apabila Malaysia merekodkan kes harian tertinggi, 13,215 selepas mencatatkan 11,618 kes pada 14 Julai 2021. Ketika itu juga lonjakan berlaku tanpa merekodkan angka 12,000 sebaliknya terus melonjak ke angka 13,000.

Read More

MPN cadang buka sempadan 1 Mac

PUTRAJAYA 8 Feb. – Majlis Pemulihan Negara (MPN) bersetuju untuk membuka sempadan negara sepenuhnya seawal 1 Mac ini, tanpa perlu melakukan kuarantin wajib, kata Pengerusinya, Muhyiddin Yassin. Bagaimanapun katanya, ujian Covid-19 perlu dilakukan mengikut syor Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum berlepas dan sebaik tiba di pintu masuk utama negara. Menurutnya, MPN memutuskan demikian selepas mendengar cadangan Ketua Pengarah Imigresen, Khairul Dzaimee Daud, baru-baru ini. “Pembukaan sempadan negara perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat MPN kedua di sini, pada Selasa. Mengulas lanjut, Muhyiddin…

Read More

Thailand kekal lebih 10,000 kes

BANGKOK 8 Feb. – Hari keempat Thailand merekodkan kes jangkitan Covid-19 melebihi 10,000 kes apabila merekodkan 10,398 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,517,869 kes. Bagaimanapun angka itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 10,470 yang direkodkan semalam, 10,879 pada 6 Februari dan 10,490 pada 5 Februari. Sebanyak 17 kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 22,320 orang meninggal dunia. Terdapat 10,177 jangkitan baharu dalam kalangan penduduk awam, 19 melibatkan penghuni penjara, dan 202 kes import. Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,897 kes diikuti Samut Prakan 983, Chon Buri 610,…

Read More

Pilihan pelitup muka di sekolah AS

PIHAK sekolah di Amerika Syarikat dinasihatkan mematuhi garis panduan kesihatan awam berhubung pemakaian pelitup muka tetapi pada masa yang sama sekolah di negeri masing-masing mempunyai hak dalam melaksanakan peraturan berkaitan. Setiausaha Akhbar White House Jen Psaki mengeluarkan kenyataan itu susulan pengumuman Gabenor New Jersey bahawa mandat pelitup muka di semua sekolah di negeri itu ditarik balik awal bulan depan. Gabenor Phil Murphy pada Isnin berkata, pelaksanaan pemakaian pelitup muka di negeri itu akan berakhir pada 7 Mac tetapi sekolah di peringkat daerah masih boleh melaksanakannya jika mahu. “Apa yang berlaku…

Read More