Missouri saman China?

WASHINGTON: Gara-garamenganggap China sebagai ounca penularan wabak Covid-19, sebuah negeri di Amerika Syarikat (AS), Missouri bertundak menyaman pemimpin negara berkenaan bagi menuntut ganti rugi.

Menurut laporan beberapa agensi berita, China didakwa melakukan penipuan yang disengajakan dan tidak mengambil tindakan sewajarnya bagi menghentikan wabak Covid-19.

Sebelum ini Kongres juga mendesak agar tindakan diambil ke atas China.

Pada masa yang sama Presiden Donald Trump  turut berkempen agar tumpuan diberikan terhadap peranan Beijing dalam menangani Covid-19 itu, walhal beliau sendiri dikritik hebat kerana caranya menangani keadaan Covid-19 di negaranya. 

Missouri telah memfailkan saman di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan ganti rugi yang tidak ditentukan jumlahnya.

Ia merupakan sebuah negeri yang memberi sokongan kepada parti Republikan, yang menyokong Trump.

Antara tuduhan yang dikemukakan negeri itu ialah, China menyimpan lambakan peralatan perlindungan diri.

“Kerajaan China berbohong kepada dunia mengenai bahaya dan wabak Covid-19 yang sebenarnya mudah berjangkit, menggesa pemberi maklumat mendiamkan diri dan mengambil tindakan yang amat sedikit bagi membasmi penularannya. Mereka mesti bertanggungjawab di atas setiap perkara yang dilakukan ini,” kata Peguam Negara Missouri, Eric Schmitt.

Sehingga semalam, Missouri mencatatkan 189 kes kematian Covid-19 dengan separuh daripada kes itu berlaku di St. Louis.

Related posts

Leave a Comment