Brunei Darussalam catat 252 kes baharu

BERAKAS 8 Feb. – Sebanyak 252 kes baharu jangkitan Covid-19 termasuk satu kes import dilaporkan hari ini, kurang sedikit daripada 368 kes yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 18,404.

Menurut Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam, sebanyak 51 kes pesakit sembuh direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 16,229.

Jumlah kematian kekal 59 selepas tiada kes baharu direkodkan manakala kes aktif pula sebanyak 2,073.

Kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ ialah sebanyak 29.9 peratus dengan tiga kes dalam kategori 4 dan tiada kes bagi kategori 5.

Sementara itu, bagi kadar vaksinasi pula, setakat 7 Februari, sebanyak 94.9 peratus telah menerima dos pertama, 94.1 peratus melengkapkan dua dos dan 43.1 peratus mendapat tiga dos.

Related posts

Leave a Comment