Thailand kekal lebih 10,000 kes

BANGKOK 8 Feb. – Hari keempat Thailand merekodkan kes jangkitan Covid-19 melebihi 10,000 kes apabila merekodkan 10,398 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,517,869 kes.

Bagaimanapun angka itu menunjukkan sedikit penurunan berbanding 10,470 yang direkodkan semalam, 10,879 pada 6 Februari dan 10,490 pada 5 Februari.

Sebanyak 17 kematian dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 22,320 orang meninggal dunia.

Terdapat 10,177 jangkitan baharu dalam kalangan penduduk awam, 19 melibatkan penghuni penjara, dan 202 kes import.

Bangkok merekodkan kes harian tertinggi dengan 1,897 kes diikuti Samut Prakan 983, Chon Buri 610, Nonthaburi 578, Phuket 399, Nakhon Ratchasima 341, Chiang Mai 212, Pathum Thani 197, Khon Kaen 173 dan 162 kes masing-masing di Nakhon Si Thammarat dan Maha Sarakham.

Sebanyak 202 kes import pula adalah dari Rusia 88, Kazakhstan 27, Ukraine 12, Jerman 8 dan Perancis 6.

Pada Isnin, sebanyak 94,243 menerima rawatan di hospital termasuk 527 pesakit kritikal dan 111 bergantung kepada ventilator .

Dalam tempoh 24 jam juga, sebanyak 8,922 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,401,306 pesakit pulih.

Related posts

Leave a Comment