3,574 kes baharu di Filipina

MANILA 8 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Filipina turun hari ini apabila Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 3,574 berbanding 6,835 kes yang direkodkan semalam.

Bagi kes kematian pula, jumlah yang meninggal dunia setakat pukul 4 petang ini adalah 83 orang berbanding semalam seramai 12 orang.

Setakat ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 3,619,633 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 54,621 orang.

Kes sembuh juga menunjukkan peningkatan apabila 14,644 lagi sembuh dengan jumlah pulih kini 3,459,462 atau 95.6 peratus darpada keseluruhan kes

Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini, sebanyak 2.9 peratus atau 105,550  adalah kes aktif.

DoH juga menjelaskan daripada 3,574 kes yang dilaporkan hari ini, 3,116 (87%) berlaku dalam tempoh 14 hari kebelakangan ini (26 Januari – 8 Februari 2022).

Daripada 83 kematian, 53 berlaku pada Februari 2022 (64%), 24 pada Januari 2022 (29%), 1 pada Disember 2021 (1%), 1 pada Oktober 2021 (1%),1 pada September 2021 (1%) 1 pada Ogos 2021 (1%), 1 pada Julai 2021 (1%), dan 1 pada Jun 2021 (1%)

Related posts

Leave a Comment