Singapura catat 13,011 kes baharu

SINGAPURA 8 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 13,011 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 12,791‬ jangkitan tempatan dan 220 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 418,640 kes dengan jumlah kematian pula 877 orang termasuk tiga kes hari ini.

Jumlah kes baru Protokol 2 adalah 10,065‬ terdiri daripada 27 kes import dan 10,038 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah manakala 2,946 kes disahkan menerusi ujian PCR. 2,753 adalah jangkitan tempatan manakala 193 kes import.

Seramai 1,194 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 1,165 semalam.

Sebanyak 107 pesakit memerlukan bantuan oksigen di wad biasa manakala 23 dipantau  rapi di ICU.

Sementara itu, seramai 8,892 pesakit dibenarkan keluar hospital.Setakat Selasa, 93 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Disember.

Sebanyak 89 peratus lengkap divaksin 2 dos; 92 peratus menerima satu dos dan 61 peratus sudah disuntik dos penggalak.

Related posts

Leave a Comment