37,492 kes baharu Indonesia

JAKARTA 8 Feb. – Indonesia merekodkan 37,492 kes jangkitan baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 4,580,093

Menurut data Satuan Tugas Penanganan Covid-19, penambahan tertinggi adalah di DKI Jakarta sebanyak 10,817, Jawa Barat dengan 9,042, Banten 5,138, Jawa Timur 3,608 dan Bali 2,425.

Sebanyak 10,708 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih adalah sebanyak 4,202,312.

Dalam tempoh yang sama, sebanyak 83 kematian direkodkan akibat Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 144,719 orang.

Setakat hari ini, jumlah masyarakat yang sudah divaksinasi dos pertama adalah 187.162.201 orang atau 89.87 peratus.

Sementara itu, jumlah masyarakat yang sudah disuntik vaksin Covid-19 dos kedua adalah 132.390.945 orang atau 63,57 peratus manakala masyarakat yang sudah disuntik vaksin dos ketiga atau penguat iaitu 5.959.605 orang atau 2,86 persen.

Related posts

Leave a Comment