Ulangi kes harian tertinggi Julai 2021

PUTRAJAYA 8 Feb. – Kes jangkitan harian Covid-19 hari ini terus melonjak kepada 13,944 berbanding 11,034 yang direkodkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata, ia menjadikan jumlah kes kumulatif meningkat kepada 2,939,198 kes.

Untuk rekod, angka 13,000 pernah dicatatkan pada 15 Julai 2021 apabila Malaysia merekodkan kes harian tertinggi, 13,215 selepas mencatatkan 11,618 kes pada 14 Julai 2021.

Ketika itu juga lonjakan berlaku tanpa merekodkan angka 12,000 sebaliknya terus melonjak ke angka 13,000.

Related posts

Leave a Comment