Riyadh catat kes tertinggi di Saudi

RIYADH 8 Feb. – Riyadh masih mendahului jumlah kes jangkitan harian Covid-19 dengan merekodkan 1,066 daripada 3,330 kes yang dilaporkan Arab Saudi hari ini.

Ini diikuti Jeddah yang mencatatkan 221, Dammam 189, Abha 111 dan Hofuf 101 sementara bandar-bandar lain kurang daripada 100 kes.

Jumlah keseluruhan kes yang direkodkan Arab Saudi setakat ini adalah 715,974 dengan jumlah kematian pula 8,959 orang termasuk dua kematian yang direkodkan dalam tempoh 24 jam.

Sebanyak 3,464 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 674,244 orang pulih.

Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 1,069 dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Sementara itu sebanyak 58.8 juta dos vaksin Covid-19 telah didaftarkan setakat ini.

Related posts

Leave a Comment