Singapura lapor 7,806 kes baharu

SINGAPURA 8 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 7,806 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 7,629 jangkitan tempatan dan 177 kes import. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 405,629 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 874 berikutan tiga lagi dilaporkan meninggal dunia. Jumlah kes baharu Protokol 2 iaitu 5,310 terdiri daripada 22 kes import dan 5,288 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 2,496…

Read More

Peraturan baharu masuk Arab Saudi

RIYADH – Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan prosedur baharu kemasukan jemaah umrah dan ziarah (lawatan) ke Arab Saudi yang akan berkuat kuasa mulai 8 Rejab bersamaan pukul 1 pagi 9 Februari ini. Di bawah peraturan itu, semua pelawat dari luar Arab Saudi dikehendaki mengemukakan ujian PCR negatif atau ujian antigen negatif yang diluluskan 48 jam sebelum berlepas, tanpa mengira status imunisasi mereka. Menurut kenyataan Kementerian itu, sekatan baharu itu selaras dengan susulan situasi epidemiologi tempatan dan global, dan sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengatasi penularan Covid 19 dan memelihara kesihatan…

Read More

Filipina rekod 6,835 kes baharu

MANILA 7 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Filipina turun sedikit hari ini apabila Jabatan Kesihatan (DoH) merekodkan 6,835 kes baharu berbanding 8,361 yang direkodkan semalam Bagi kes kematian pula, jika semalam DoH merekodkan 312 kes, jumlah yang meninggal dunia setakat pukul 4 petang ini adalah 12 orang. Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 3,616,387 dengan jumlah kematian pula sebanyak 54,538 orang. Menurut DoH, terdapat 16,330 kes pesakit telah sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,445,129 Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara…

Read More

Peningkatan kes baharu di Sabah

KOTA KINABALU 7 Feb. – Sabah merekodkan peningkatan kes dengan 1,600 kes baharu Covid-19, berbanding 1,285 yang direkodkan semalam,  kata Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan Covid-19, Masidi Manjun. Beliau berkata, dua kluster baharu direkodkan hari ini masing-masing melibatkan klsuter tempat kerja iaitu Kluster Giram di Kunak serta kluster institusi pendidikan, Kluster Jalan Pintas Sembulan, Kota Kinabalu. Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah itu, penambahan dua kluster baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif di Sabah ialah 26. Bagi Kluster Giram berlaku di Ladang Giram apabila kes indeks adalah seorang lelaki…

Read More

2,925,254 rakyat Malaysia dijangkiti

PUTRAJAYA 7 Feb. – Minggu pertama bulan Februari 2022 menyaksikan kes harian Covid-19 tertinggi yang bermula dengan 5,566 dan hari ketujuh hari ini melonjak kepada 11,034 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu sekali gus menjadikan jumlah individu di negara ini yang dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 2,925,254 kes. Sejak semalam, bilangan kes positif harian kembali ke lima angka apabila sebanyak 10,089 kes dilaporkan setakat tengah hari semalam.

Read More

Kes harian 180,000 di Rusia

MOSCOW: Rusia melaporkan 180,071 kes harian Covid-19, peningkatan 10 kali ganda berbanding sebulan lalu berikutan penularan jangkitan varian Omicron yang terus menular di seluruh negara. Setiap hari Rusia merekodkan pertambahan ribuan kes berbanding hari sebelumnya dan pada pertengahan Januari, ia melaporkan sekitar 17,000 kes sehari. Walaupun jumlah jangkitan meningkat secara mendadak dalam beberapa minggu kebelakangan ini, namun kes kematian harian akibat Covid-19 kekal stabil sekitar 700 kes sehari. Pada ketika ini, Rusia melaporkan 12.8 juta kes jangkitan dan 335,414 kematian. Dilaporkan, hanya separuh daripada 146 juta penduduk Rusia divaksin setakat…

Read More

Kadar kebolehjangkitan 1.27

PUTRAJAYA 7 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam adalah 1.27 berbanding 1.20 pada hari sebelumnya. Sabah merekodkan Rt 1.47, sebelumnya 1.41 diikuti Perlis mencatatkan nilai 1.40 berbanding 1.49 pada hari sebelumnya dan Sarawak 1.30. Tiga negeri merekodkan 1.25 iaitu Kedah serta Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya diikuti Terengganu 1.23, Johor 1.22, Selangor 1.21, Pulau Pinang 1.20, Pahang 1.20. Melaka 1.16, Perak 1.15, Negeri Sembilan 1.13, Kelantan 1.11 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.10. Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai…

Read More

Sembilan kematian baharu

PUTRAJAYA 7 Feb. – Kementerian Kesihatan melaporkan sembilan kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 32,034 orang, daripada 2.9 juta kes positif yang dikesan di negara ini. Empat kematian dilaporkan di Johor, satu direkodkan masing-masing di Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pulau Pinang dan Terengganu manakala dua kes kematian dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Menurut data di portal COVIDNOW, kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu. Ini berikutan proses pengesahan sama ada…

Read More

12,361,663 terima dos penggalak

PUTRAJAYA 7 Feb. – Sebanyak 52,517 dos penggalak Covid-19 diberikan semalam menjadikan 12,361,663 individu dewasa atau 52.8 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini menerima suntikan dos itu setakat semalam. Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 22,929,493 individu dewasa atau 97.9 peratus melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.2 peratus atau 23,238,753 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. Sebanyak 78.8 peratus atau 25,720,902 daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan vaksinasi manakala 80.0 peratus atau 26,108,028 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,791,409 individu…

Read More