Filipina rekod 6,835 kes baharu

MANILA 7 Feb. – Jumlah kes jangkitan harian Covid-19 di Filipina turun sedikit hari ini apabila Jabatan Kesihatan (DoH) merekodkan 6,835 kes baharu berbanding 8,361 yang direkodkan semalam

Bagi kes kematian pula, jika semalam DoH merekodkan 312 kes, jumlah yang meninggal dunia setakat pukul 4 petang ini adalah 12 orang.

Dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 3,616,387 dengan jumlah kematian pula sebanyak 54,538 orang.

Menurut DoH, terdapat 16,330 kes pesakit telah sembuh yang membawa kepada jumlah keseluruhan 3,445,129

Daripada jumlah kes yang dicatatkan di negara ini, sebanyak 3.2 peratus atau 116,720 adalah kes aktif.

Sementara itu, DoH menjelaskan daripada 6,835 kes yang dilaporkan hari ini, sebanyak 6,673 (98%) berlaku dalam tempoh 14 hari terakhir (25 Januari – 7 Februari 2022).

Related posts

Leave a Comment