12,361,663 terima dos penggalak

PUTRAJAYA 7 Feb. – Sebanyak 52,517 dos penggalak Covid-19 diberikan semalam menjadikan 12,361,663 individu dewasa atau 52.8 peratus daripada populasi kumpulan itu di negara ini menerima suntikan dos itu setakat semalam.

Berdasarkan data di laman sesawang COVIDNOW, sejumlah 22,929,493 individu dewasa atau 97.9 peratus melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 99.2 peratus atau 23,238,753 individu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 78.8 peratus atau 25,720,902 daripada populasi keseluruhan telah melengkapkan vaksinasi manakala 80.0 peratus atau 26,108,028 mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, seramai 2,791,409 individu atau 88.7 peratus melengkapkan vaksinasi, manakala 2,869,275 individu atau 91.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi vaksinasi harian pula, sebanyak 69,601 dos vaksin diberikan semalam meliputi 16,325 dos pertama, 759 dos kedua dan 52,517 dos penggalak menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 63,985,709 dos.

Related posts

Leave a Comment