2,925,254 rakyat Malaysia dijangkiti

PUTRAJAYA 7 Feb. – Minggu pertama bulan Februari 2022 menyaksikan kes harian Covid-19 tertinggi yang bermula dengan 5,566 dan hari ketujuh hari ini melonjak kepada 11,034 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes baharu itu sekali gus menjadikan jumlah individu di negara ini yang dijangkiti virus berkenaan meningkat kepada 2,925,254 kes.

Sejak semalam, bilangan kes positif harian kembali ke lima angka apabila sebanyak 10,089 kes dilaporkan setakat tengah hari semalam.

Related posts

Leave a Comment