Kes harian 180,000 di Rusia

MOSCOW: Rusia melaporkan 180,071 kes harian Covid-19, peningkatan 10 kali ganda berbanding sebulan lalu berikutan penularan jangkitan varian Omicron yang terus menular di seluruh negara.

Setiap hari Rusia merekodkan pertambahan ribuan kes berbanding hari sebelumnya dan pada pertengahan Januari, ia melaporkan sekitar 17,000 kes sehari.

Walaupun jumlah jangkitan meningkat secara mendadak dalam beberapa minggu kebelakangan ini, namun kes kematian harian akibat Covid-19 kekal stabil sekitar 700 kes sehari.

Pada ketika ini, Rusia melaporkan 12.8 juta kes jangkitan dan 335,414 kematian.

Dilaporkan, hanya separuh daripada 146 juta penduduk Rusia divaksin setakat ini walaupun negara itu yang pertama melancarkan suntikan vaksin Covid-19.

Sebelum ini, Presiden Rusia, Vladimir Putin berkata, kerajaannya sedang mempertimbangkan bagi melonggarkan beberapa sekatan Covid-19, walaupun jangkitan semakin meningkat.

Related posts

Leave a Comment