Kadar kebolehjangkitan 1.27

PUTRAJAYA 7 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam adalah 1.27 berbanding 1.20 pada hari sebelumnya.

Sabah merekodkan Rt 1.47, sebelumnya 1.41 diikuti Perlis mencatatkan nilai 1.40 berbanding 1.49 pada hari sebelumnya dan Sarawak 1.30.

Tiga negeri merekodkan 1.25 iaitu Kedah serta Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya diikuti Terengganu 1.23, Johor 1.22, Selangor 1.21, Pulau Pinang 1.20, Pahang 1.20.

Melaka 1.16, Perak 1.15, Negeri Sembilan 1.13, Kelantan 1.11 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.10.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment