Singapura lapor 7,806 kes baharu

SINGAPURA 8 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) melaporkan 7,806 kes baharu Covid-19 di Singapura setakat pukul 12 tengah hari ini yang terdiri daripada 7,629 jangkitan tempatan dan 177 kes import.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 405,629 dengan jumlah kematian pula meningkat kepada 874 berikutan tiga lagi dilaporkan meninggal dunia.

Jumlah kes baharu Protokol 2 iaitu 5,310 terdiri daripada 22 kes import dan 5,288 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 2,496 kes disahkan menerusi ujian PCR iaitu 2,341 adalah jangkitan tempatan manakala 55 adalah kes import.

Seramai 1,165 pesakit masih dirawat di hospital, berbanding 1,074 semalam dan 109 pesakit memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 26 dipantau rapi di ICU

Sementara itu, seramai 12,041 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai vaksinasi, sebanyak 93 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Perangkaan itu dikemas kini termasuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun selepas kumpulan usia itu mula divaksin pada 27 Disember.

Sebanyak 89 peratus lengkap divaksin 2 dos, 92 peratus baru mendapat satu dos manakala 60 peratus baru menerima satu dos.

Related posts

Leave a Comment