Kadar kebolehjangkitan kekal 1.05

PUTRAJAYA 14 Ogos – Kadar kebolehjangkitan (R-naught) COVID-19 di Malaysia mencatatkan kadar, 1.05 pada Jumaat sama seperti hari sebelumnya.

Sebanyak 10 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan dengan Perlis mencatat kadar kebolehjangkitan tertinggi 1.41.

Ini diikuti Sabah, Pulau Pinang dan Kelantan masing-masing dengan 1.18, Sarawak 1.15, Kedah dan Terengganu masing-masing 1.12, Perak dan Johor masing-masing 1.11 dan Pahang 1.06.

Negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah purata kebangsaan

adalah Melaka 1.04, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan masing-masing 1.02, Putrajaya 0.94 dan Labuan 0.68.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment