4,092 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 2 Feb. – Arab Saudi merekodkan peningkatan kes baharu Covid-19 dengan merekodkan 4,092 kes berbanding 3,861 yang direkodkan semalam manakala jumlah kematian pula dua orang. Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 695,217 dengan jumlah kematian 8,943 orang. Riyadh merekodkan kes baharu tertinggi iaitu 1,408 kes diikuti Jeddah 325, Dammam 272, Hofuf 172, Makkah 122, dan Jazan 101. Sebanyak 4,604 orang dilaporkan sembuh dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 649,334. Dalam kalangan kes aktif pula, sebanyak 1,002 kes dalam keadaan k

Read More

3,101 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 2 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) setakat pukul 12 tengah hari ini melaporkan 3,101 kes baharu Covid-19 dan satu kematian akibat pandemik itu menjadikan jumlah keseluruhan 362,176 dan 859 kematian. Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,919 adalah kes tempatan dan 182 lagi adalah kes import. Sebanyak 1,735 adalah kes baharu Protokol 2 yang terdiri daripada 10 kes import dan 1,725 jangkitan tempatan. Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah. Sebanyak 1,366 kes lagi disahkan…

Read More

Indonesia catat 17,895 kes baharu

JAKARTA 2 Feb. – Indonesia terus mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 dengan merekodkan 17,895 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 16,021 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,387,286. Pertambahan kes meliputi 33 wilayah dengan tambahan tertinggi di Jakarta sebanyak 9,132 disusuli Jawa Barat 3,793  dan Banten 2,451, Bali 771, Jawa Timur 565, Jawa Tengah 387, Yogyakarta 142 dan Sumatera Utara 113. Sementara itu, sebanyak 5,110 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 4,148,804. Dalam tempoh 24 jam juga, 25 kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 144,373 orang meninggal…

Read More

94 peratus di Brunei lengkap vaksinasi

BERAKAS 2 Feb. – Brunei Darussalam mencatatkan sebanyak 133 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini, termasuk empat kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 16,691 orang.  Katanya, dalam kalangan kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tidak ada kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5.  “Sebanyak 29 kes telah disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes sembuh kepada 15,993 kes, manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 596 kes.,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 hari ini. Sementara itu, kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara…

Read More

Kadar kebolehjangkitan kekal 1.15

PUTRAJAYA 1 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam kekal pada kadar sebelumnya iaitu 1.15. Kecuali dua negeri, semua negeri lain merekodkan kadar melebihi 1.00 dengan didahului Perlis yang mencatatkan kadar 1.29. Ini disusuli Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.21, Johor 1.17,  Pulau Pinang, Sabah dan Kedah masing-masing merekodkan 1.16. Negeri Sembilan mencatatkan 1.13, Melaka 1.12, Selangor 1.12, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.11,  Kelantan 1.10, Perak 1.07, Pahang 1.04 dan Terengganu 1.00 Sarawak mencatatkan 17 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan tiga kes. Nilai R-naught merujuk kepada tahap…

Read More

Thailand kembali ke angka 8,000

  BANGKOK 2 Feb. – Kes jangkitan Covid-19 di Thailand kembali ke angka 8,000 selepas merekodkan 8,587 berbanding 7,422 semalam dengan jumlah kematian pula 22 orang berbanding 12 kes semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 2,456,551 dan 22,207 kematian. Kes kematian melibatkan usia antara 21 dan 94 tahun di mana enam kes di Bangkok selain Samut Prakan (1), dua kes masing-masing di Ayutthaya, Chon Buri dan Prachin Buri, Kalasin (1), Khon Kaen (1) Buri Ram (1), Nakhon Si Thammarat (1), Phangnga (1), Phuket (1), Songkhla…

Read More

Presiden bermotosikal di Toba

“Dari Simpang Sibisa di Kabupaten Toba, saya menaiki Kawasaki W175 ke Kawasan Pantai Bebas Parapat di Kabupaten Simalungun. Pak Luhut, Pak Basuki, dan Pak Sandiaga turut menaiki motor sejauh sebelas kilometer. Udara yang bertiup di sekitar Tasik Toba sangat segar. Jalannya agak lancar, walaupun di beberapa tempat masih terdapat beberapa bonggol. Laluan yang berliku, tidak seperti jalan pintasan Mandalika yang pernah saya cuba suatu ketika dahulu,” Catatan Presiden Indonesia Jokowi

Read More

Peningkatan kes Covid-19 di Malaysia

PUTRAJAYA 1 Feb. – Kes baharu Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan peningkatan selepas 5,736 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu. Ini bermakna jumlah kes hari ini adalah yang tertinggi direkodkan dalam tahun baharu ini, tempoh sebulan ini berbanding 5,566 yang direkodkan semalam, Selasa. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,882,060 kes. Untuk rekod, kes jangkitan harian tahun ini bermula dengan 3,386 kes pada 1 Januari 2022 , kes terendah 2,342 pada 17 Januari dan tertinggi pada…

Read More

517,107 kanak-kanak daftar PICKids

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Setakat semalam, seramai 517,107 kanak-kanak berusia antara lima hingga 11 tahun di seluruh negara telah mendaftar bagi Program Imunisasi Covid-19 Kanak-kanak (PICKids) yang bermula esok. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata jumlah tersebut dianggarkan 15 peratus daripada jumlah kohort 3.6 juta kanak-kanak di negara ini yang layak menerima vaksin jenis Pfizer-BioNTech. Katanya, pendaftaran tersebut dibuat oleh ibu bapa masing-masing bagi PICKids yang  akan dilaksanakan bermula 3 Februari. “ Permulaan yang baik, dan Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus menyampaikan kebaikan mendapatkan vaksinasi,” tulisnya dalam kemas Twitternya hari…

Read More

Bulan mencari kesempurnaan solat

KEMPEN Bulan Solat? Timbul persoalan apabila ada masjid – saya rujuk Masjid Bandar Seri Putra (MBSP), Kajang menganjurkan kempen berkenaan mulai 1 Februari 2022. Bagi yang tidak berfikir panjang sama ada secara sinis atau sebaliknya mungkin akan berkata, bulan lain tidak solat? Hakikatnya, solat tetap kena solat tidak kira bulan. Rukun Islam yang kedua itu tanggungjawab setiap muslim. Lima kali sehari. Tidak terkecuali sama ada yang sihat atau sakit, wajib solat setiap hari bukan hanya sekali seminggu pada Jumaat. Justeru jangan ‘gelabah, cemas’ atau sengaja menimbulkan persepsi ‘tidak sihat’ apabila…

Read More