Peningkatan kes Covid-19 di Malaysia

PUTRAJAYA 1 Feb. – Kes baharu Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan peningkatan selepas 5,736 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini bermakna jumlah kes hari ini adalah yang tertinggi direkodkan dalam tahun baharu ini, tempoh sebulan ini berbanding 5,566 yang direkodkan semalam, Selasa.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini adalah sebanyak 2,882,060 kes.

Untuk rekod, kes jangkitan harian tahun ini bermula dengan 3,386 kes pada 1 Januari 2022 , kes terendah 2,342 pada 17 Januari dan tertinggi pada 28 Januari dengan 5,522 kes.

Related posts

Leave a Comment