Thailand kembali ke angka 8,000

 

BANGKOK 2 Feb. – Kes jangkitan Covid-19 di Thailand kembali ke angka 8,000 selepas merekodkan 8,587 berbanding 7,422 semalam dengan jumlah kematian pula 22 orang berbanding 12 kes semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini meningkat kepada 2,456,551 dan 22,207 kematian.

Kes kematian melibatkan usia antara 21 dan 94 tahun di mana enam kes di Bangkok selain Samut Prakan (1), dua kes masing-masing di Ayutthaya, Chon Buri dan Prachin Buri, Kalasin (1), Khon Kaen (1) Buri Ram (1), Nakhon Si Thammarat (1), Phangnga (1), Phuket (1), Songkhla (1), Chiang Mai (1) dan Phitsanulok (1)

Terdapat 8,401 kes jangkitan dalam kalangan penduduk awam, 55 penghuni penjara dan 131 kes import .

Bangkok kekal merekodkan kes tertinggi iaitu 1,431, Samut Prakan 823, Nonthaburi 421, Phuket 387, Chon Buri 385, Ratchaburi 276, Si Sa Ket 181, Pathum Thani 166, Khon Kaen 155 dan Chiang Mai 146.

Kes import pula termasuk ketibaan dari Rusia 38, Ukraine 15 dan Kazakhstan 12.

Semalam, sebanyak 83,094 orang mendapatkan rawatan Covid-19 di hospital termasuk 524 kritikal disebabkan masalah paru-paru manakala 103 bergantung kepada bantuan ventilator.

Sebanyak 8,485 pesakit Covid-19 dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan 2,351,250.

 

 

Related posts

Leave a Comment