3,101 kes baharu di Singapura

SINGAPURA 2 Feb. – Kementerian Kesihatan (MoH) setakat pukul 12 tengah hari ini melaporkan 3,101 kes baharu Covid-19 dan satu kematian akibat pandemik itu menjadikan jumlah keseluruhan 362,176 dan 859 kematian.

Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 2,919 adalah kes tempatan dan 182 lagi adalah kes import.

Sebanyak 1,735 adalah kes baharu Protokol 2 yang terdiri daripada 10 kes import dan 1,725 jangkitan tempatan.

Protokol 2 adalah pesakit yang sihat tetapi diuji positif ART atau dinilai oleh doktor sebagai mengalami gejala ringan dan berisiko rendah.

Sebanyak 1,366 kes lagi disahkan menerusi ujian PCR iaitu 1,194 adalah jangkitan tempatan manakala 172 adalah kes import.

Kadar pertumbuhan jangkitan mingguan pula adalah 1.41, turun dari 1.64 pada Selasa. Kadar itu merujuk kepada nisbah kes dalam masyarakat pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya.

Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes mingguan baharu Covid-19 masih meningkat.

Sementara itu, seramai 819 pesakit masih dirawat di hospital, naik berbanding 756 semalam di mana 74 memerlukan bantuan oksigen di wad biasa dan 12 dipantau rapi di ICU.

Seramai 4,874 pesakit dibenarkan keluar hospital.

Mengenai program vaksinasi, setakat Selasa, sebanyak 92 peratus penduduk Singapura yang layak sudah melengkapkan rejimen vaksinasi mereka di bawah program vaksinasi nasional.

Related posts

Leave a Comment