Kadar kebolehjangkitan kekal 1.15

PUTRAJAYA 1 Feb. – Kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) Covid-19 bagi seluruh negara semalam kekal pada kadar sebelumnya iaitu 1.15.

Kecuali dua negeri, semua negeri lain merekodkan kadar melebihi 1.00 dengan didahului Perlis yang mencatatkan kadar 1.29.

Ini disusuli Wilayah Persekutuan Putrajaya 1.21, Johor 1.17,  Pulau Pinang, Sabah dan Kedah masing-masing merekodkan 1.16.

Negeri Sembilan mencatatkan 1.13, Melaka 1.12, Selangor 1.12, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1.11,  Kelantan 1.10, Perak 1.07, Pahang 1.04 dan Terengganu 1.00

Sarawak mencatatkan 17 kes dan Wilayah Persekutuan Labuan tiga kes.

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus, iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Related posts

Leave a Comment