Indonesia catat 17,895 kes baharu

JAKARTA 2 Feb. – Indonesia terus mencatatkan peningkatan kes baharu Covid-19 dengan merekodkan 17,895 kes dalam tempoh 24 jam berbanding 16,021 semalam menjadikan jumlah keseluruhan 4,387,286.

Pertambahan kes meliputi 33 wilayah dengan tambahan tertinggi di Jakarta sebanyak 9,132 disusuli Jawa Barat 3,793  dan Banten 2,451, Bali 771, Jawa Timur 565, Jawa Tengah 387, Yogyakarta 142 dan Sumatera Utara 113.

Sementara itu, sebanyak 5,110 pesakit dilaporkan sembuh menjadikan jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 4,148,804.

Dalam tempoh 24 jam juga, 25 kematian direkodkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan 144,373 orang meninggal dunia.

Sebanyak 12,760 kes aktif dilaporkan yang membawa kepada jumlah keseluruhan  meningkat kepada 94,109 manakala 12,482 lagi suspek Covid-19 direkodkan.

Related posts

Leave a Comment