94 peratus di Brunei lengkap vaksinasi

BERAKAS 2 Feb. – Brunei Darussalam mencatatkan sebanyak 133 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini, termasuk empat kes import menjadikan jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 16,691 orang.

 Katanya, dalam kalangan kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, tidak ada kes dalam Kategori 4 dan Kategori 5.

 “Sebanyak 29 kes telah disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes sembuh kepada 15,993 kes, manakala jumlah kes aktif ialah sebanyak 596 kes.,” katanya pada sidang media perkembangan Covid-19 hari ini.

Sementara itu, kadar pengisian di Pusat-pusat Pengasingan di seluruh negara atau ‘bed occupancy rate’ ialah sebanyak 11.4 peratus.

 Beliau juga memaklumkan setakat 1 Februari, kadar keseluruhan penduduk yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin di bawah Program Vaksinasi Kebangsaan ialah 94.8 peratus.

Manakala bagi dua dos vaksin ialah 94.0 peratus dan kadar bagi yang menerima tiga dos vaksin ialah 40.5 peratus

Related posts

Leave a Comment