PUTRAJAYA 29 Jan. – Kes harian Covid-19 kekal melebihi 5,000 tetapi turun sedikit dengan 5,139 kes setakat pukul 12 tengah hari ini berbanding 5,522 yang dilaporkan semalam. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, berkata perkembangan itu menyaksikan sehingga kini terdapat 2,861,069 individu dijangkiti virus berkenaan. Katanya, kes baharu yang dikesan hari ini membabitkan 4,913 kes penularan tempatan dengan 226 kes adalah import yang mendapat jangkitan dari luar negara. Secara keseluruhannya, daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini, sejumlah 99 peratus atau 5,089 kes adalah kes dalam kategori satu dan…
Read MoreDay: January 29, 2022
Filipina catat 17,382 kes baharu
MANILA 29 Jun. – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina merekodkan 17,382 kes baharu Covid-19 hari ini, turun sedikit berbanding 18,638 yang dicatatkan semalam. Sehingga pukul 4 petang ini, DoH juga melaporkan 70 lagi individu meninggal dunia berbanding 68 kematian semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 3,528,796 orang manakala 53,871 orang telah meninggal dunia. Sementara itu, jumlah kes pesakit pulih pula meningkat kepada 3,261,338 atau 92.4 peratus daripada keseluruhan kes termasuk 35,382 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini. Daripada jumlah kes yang direkodkan sebanyak 6.1 peratus atau…
Read MoreResolusi Muzakarah Pas – Bersatu
RESOLUSI MUZAKARAH PAS BERSATU 28 – 29 JANUARI 2022 25 – 26 JAMADIL AKHIR 1443H Bahawasanya PAS dan BERSATU, dengan penuh kesungguhan dan iltizam ke arah mewujudkan kestabilan politik dalam negara, telah membuat ketetapan bersama seperti berikut: 1. Mencapai persetujuan atas perkara yang disepakati, iaitu a. Mendukung ‘prinsip bersama’ di atas nilai integriti, kejujuran, kestabilan, dan perpaduan yang inklusif. b. Menuju visi dan halatuju bersama’ ke arah mengukuhkan Perikatan Nasional (PN), menolak budaya politik ekstrem, dan menawarkan penyelesaian bagi memulihkan negara. 2. Memperhalusi strategi dan pendekatan bagi mengukuhkan Perpaduan Ummah…
Read MoreTambahan kes baharu di Thailand
BANGKOK 29 Jan. – Thailand terus merekodkan peningkatan kes harian apabila mencatatkan 8,618 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam berbanding 8,450 semalam. Menurut Kementerian Kesihatan Awam, bagi tempoh yang sama sebanyak 19 meninggal dunia, kurang berbanding 28 kematian semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 2,424,090 manakala kematian pula sebanyak 22,145 orang. Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) melaporkan kes kematian yang direkodkan hari ini melibatkan individu berusia antar 24 dan 96 tahun dengan purata umur 65 tahun, semuanya warga Thailand. Terdapat 8,329 kes dalam kalangan penduduk awam,…
Read MorePRN Johor bukan kehendak ‘kluster’
SEREMBAN 29 Jan. – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diadakan atas pelbagai sebab strategik dan bukannya kehendak ‘kluster’ tertentu dalam UMNO, kata Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan. “Pihak tertentu yang menuduh ‘kluster’ itu dan ini sebagai penyebab kepada PRN Johor adalah sangat tidak munasabah. Istilah itu hanya ciptaan musuh UMNO,” katanya. Beliau berkata, Menteri Besar Johor, Hasni Mohamad mempunyai sebab tersendiri bagi mendapat mandat baharu dan itu bukan urusan parti lain untuk mempersoalkannya. Katanya, Hasni diberikan kepercayaan sepenuhnya oleh parti untuk menasihati Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, sesuai dengan keadaan…
Read MoreBerita pilihan…
97.9 peratus dewasa lengkap vaksinasi
PUTRAJAYA 28 Jan. – Sebanyak 97.9 peratus atau 22,923,144 dari populasi dewasa telah melengkapkan vaksinasi mereka setakat malam tadi manakala 99.1 peratus atau 23,200,399 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Menurut data Kementerian Kesihatan di laman COVIDNOW, sebanyak 88.6 peratus atau 2,787,267 daripada populasi remaja telah menerima dua dos suntikan manakala 91.1 peratus atau 2,867,165 sekurang-kurangnya satu dos. Bagi populasi keseluruhan pula, sebanyak 78.7 peratus atau 25,710,411 individu telah lengkap vaksinasi manakala 79.8 peratus atau 26,067,564 mendapat sekurang-kurangnya satu dos. Sementara itu, penerima dos penggalak meningkat kepada 11,710,970 orang selepas 174,359 lagi…
Read More12 kematian baharu Covid-19
PUTRAJAYA 29 Jan. – Kementerian Kesihatan melaporkan 12 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi menjadikan jumlah keseluruhan 31,952 orang, daripada lebih 2.84 juta kes positif yang dikesan. Menurut data di portal COVIDNOW, satu kes kematian dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID). Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada yang meninggal dunia beberapa minggu lalu berikutan proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil masa. Sementara itu, terdapat 50,030 kes aktif Covid-19 di seluruh negara dan daripada jumlah itu,…
Read More